Kenali Apa itu Sistem Kejara
Disediakan oleh: lesen2u

Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 35, 35A, 37 dan 38 dan Kaedah Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997 adalah piawaian untuk sistem KEJARA. Rekod pesalah Sistem KEJARA dibuat daripada notis saman yang berkaitan dengan kesalahan terjadual, dan mata demerit dikira.

Semasa tempoh penggantungan lesen CDL. Pemandu yang memilikinya tidak boleh memandu atau mendapatkan lesen untuk memandu kenderaan apa-apa jenis. Sama ada lesen belajar memandu atau lesen lain. Pemandu Lesen Percubaan akan dibatalkan jika mereka mendapat 10 atau lebih mata demerit.

Dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan balik lesen. Pemandu yang telah dibatalkan lesen memandu (Lesen “P” atau CDL) tidak boleh memandu atau mendapatkan lesen, sama ada lesen belajar memandu atau lesen jenis lain.

Jika pemandu mengalami tiga penggantungan lesen dalam tempoh lima tahun. Lesen mereka juga akan dibatalkan. Pengumpul mata demerit yang tidak melebihi 20 boleh mengikuti kursus pemulihan sebagai motivasi. Jika ia berjaya, mata demerit yang sedia ada akan dikurangkan separuh. Sepanjang tempoh lesen memandu anda, anda hanya boleh menerima insentif ini sekali.

Pemandu yang lesen mereka dibatalkan boleh mengambil semula dan perlu lulus ujian lesen memandu selepas 12 bulan dari tempoh penggantungan lesen. Lesen yang digantung atau dibatakan mesti dihantar kepada Jabatan Pengakutan Jalanraya (JPJ). Jika anda didapati memandu semasa lesen anda digantung atau dibatalkan, anda akan dikenakan denda antara RM3,000 dan RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Kenapa sistem kejara diwujudkan?

  1. Untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya yang berlaku.
  2. Untuk memupuk kesedaran pemandu tentang keselamatan jalan raya.
  3. Pastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya.
  4. Untuk menggalakkan pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbang rasa semasa memandu di jalan raya.
  5. Mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya.

Kesimpulannya, Kita seharusnya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh JPJ, sebagai pemandu yang berhemah dan berdisiplin. Sila semak lesen anda sebelum anda ingin memandu kenderaan yang bermotor, Jika telah tamat tempoh, renew lesen memandu anda di Lesen2u . Anda perlu mengenalpasti jenis lesen memandu anda supaya permohonan anda mudah diproses. Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau Whatsapp kami di talian 01137561394. Mudah bukan? Jom renew sekarang

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Jangan biarkan lesen memandu anda luput tanpa disedari. Dapatkan yang baharu terus ke rumah atau pejabat anda..