Harga Renew Lesen Memandu 2023
Disediakan oleh: lesen2u

Lesen memandu adalah dokumen yang penting bagi membenarkan anda untuk mengendalikan kenderaan secara sah. Setiap beberapa tahun, pemegang lesen memandu mesti memperbaharui lesen mereka untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang jalan raya dan boleh dianggap sebagai pemandu yang bertanggungjawab. Pada artikel ini, kami akan kongsikan harga bagi renew lesen memandu mengikut tempoh berapa tahun pembaharuan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Harga Renew Bergantung Jenis Lesen Memandu

Harga renew lesen adalah bergantung kepada jenis lesen dan kategori yang dimiliki oleh pemilik. Terdapat beberapa jenis lesen memandu, termasuk lesen LDL, lesen PDL, lesen CDL dan lesen VDL. Setiap jenis lesen memandu mempunyai harga renew yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk memahami jenis lesen yang anda miliki sebelum membuat pembayaran pembaharuan di kaunter. Namun di Lesen2u, kami hanya memperbaharui lesen memandu jenis CDL, yang juga dikenali sebagai lesen memandu penuh.

Tempoh Renew Lesen Telah Dipanjangkan

Kementerian Pengangkutan di bawah kendalian YB Anthony Loke mengumumkan bahawa tempoh lesen memandu telah dipanjangkan sehingga 10 tahun untuk pembaharuan. Inisiatif tersebut adalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing. Bagaimanapun, lanjutan ini hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ dan . Di Lesen2u, tempoh pembaharuan maksimum hanya 5 tahun sahaja.

Cara Pantas Untuk Renew Lesen

harga renew lesen memandu

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk memperbaharui lesen memandu. Salah satu kaedah yang pantas dan memudahkan ialah pembaharuan dalam talian melalui Lesen2u, di mana kami akan menguruskan pembaharuan lesen memandu anda. Kaedah ini membolehkan pemegang lesen memandu menjalankan prosedur pendaftaran dan pembayaran dengan mudah dan cepat tanpa perlu beratur di kaunter perkhidmatan. Selain itu, anda juga boleh memilih lokasi untuk penghantaran lesen.

Bagi individu yang ingin perbaharui di kaunter JPJ anda perlu memastikan mempunyai dokumen yang lengkap. Dokumen yang diperlukan termasuk kad pengenalan, lesen memandu semasa dan bayaran yang diperlukan. Pastikan anda mempunyai semua dokumen ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Harga Renew Lesen Memandu 2023 Di Lesen2u

  • 1 tahun – RM100
  • 2 tahun – RM155
  • 3 tahun – RM205
  • 4 tahun – RM250
  • 5 tahun – RM290

Rumusan

Jika anda tidak memperbaharui lesen memandu anda tepat pada masanya, ia mungkin tamat tempoh dan anda mungkin perlu mengikuti proses yang lebih rumit untuk mendapatkan lesen baru. Memandu dengan lesen tamat tempoh adalah menyalahi undang-undang dan boleh membawa kepada masalah undang-undang dan penalti yang serius. Oleh itu, ingatlah untuk memperbaharui lesen memandu anda sebelum tamat tempoh untuk memastikan keselamatan anda dan orang lain semasa berada di jalan raya.

Bagi anda yang berminat untuk renew lesen memandu dengan Lesen2u, boleh isikan butiran anda pada Borang Permohonan dan permohonan anda akan diproses dalam masa 24 jam dan lesen akan dihantar ke alamat anda dalam masa 3-7 hari bekerja. Sebarang soalan berkaitan pembaharuan lesen boleh diajukan melalui WhatsApp kami atau emailkan ke info.lesen2u@gmail.com.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Jangan biarkan lesen memandu anda luput tanpa disedari. Dapatkan yang baharu terus ke rumah atau pejabat anda..