Proses memperbaharui lesen memandu atau renew lesen memandu di Malaysia kini boleh dilakukan secara dalam talian. Jika sebelum ini, anda terpaksa beratur panjang di kaunter untuk memperbaharui lesen memandu, kini semuanya boleh dilakukan dengan mudah di hujung jari anda. Berikut adalah beberapa perkara penting mengenai lesen memandu tamat tempoh yang harus dipertimbangkan oleh pemilik kereta sebelum memperbaharui lesen memandu.
LESEN CDL
Pemilik kenderaan boleh memilih untuk memperbaharui lesen memandu mereka untuk sekurang-kurangnya satu tahun atau maksimum lima tahun. Sekiranya lesen tidak diperbaharui dalam tempoh tiga tahun, pemilik kenderaan perlu menjalani semula ujian lesen memandu.
LESEN P
Untuk lesen P, anda boleh memperbaharui dalam masa satu tahun dari tarikh tamat tempoh terakhir. Jika lesen P anda tamat tempoh lebih daripada setahun, anda boleh membuat rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ. Proses pembaharuan lesen P perlu dilakukan di kaunter JPJ sahaja.
LESEN L
Untuk lesen L, ia mesti diperbaharui setiap tiga atau enam bulan dalam tempoh latihan. Walau bagaimanapun, tempoh kumulatif mestilah tidak melebihi dua tahun dari tarikh pengeluaran lesen L. Sekiranya melebihi tarikh akhir, calon perlu mengulangi semua langkah untuk mendapatkan lesen L dari awal.Namun begitu, anda boleh membuat rayuan terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah JPJ dengan menyatakan sebab tamat tempoh lesen. Rayuan atau pembaharuan lesen L perlu dilakukan di kaunter JPJ.
Dokumen Yang Diperlukan Jika Lesen Tamat Tempoh:
- Kad pengenalan asal (MyKad)/Pasport; Ataupun
- Salinan MyKad/pasport pemohon sekiranya prosedur pembaharuan lesen memandu dilakukan oleh wakil;
- Dokumen pengenalan diri asal wakil
- Lesen memandu asal/salinan;
- Pemegang pasport yang sah (bukan warganegara).
Rumusan
Semoga perkongsian tentang Memperbaharui atau Renew Lesen Memandu Secara Online ini dapat membantu melancarkan urusan anda. Juga, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai lesen memandu atau lesen2u, layari laman web lesen2u untuk maklumat lanjut. Lesen2u adalah salah satu platform terbaik di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pembaharuan lesen memandu yang mudah, cekap dan pantas.
0 Comments