Perbaharui Lesen Memandu Sebelum Anda Didenda
Disediakan oleh: lesen2u

Pembaharuan Lesen Memandu

Lesen memandu adalah wajib bagi mereka yang ingin memandu secara sah kerana ia adalah bukti anda telah lulus ujian memandu dengan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita haruslah peka mengenai tarikh luput lesen memandu agar tidak terlepas pandang untuk membuat pembaharuan. Tambahan pula, pembaharuan lesen memandu kini boleh dilakukan secara atas talian sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter perkhidmatan.

Syarat Untuk Perbaharui Lesen Memandu

  1. Pemilik Atau Lesen Tidak Disenarai Hitam
  2. Lesen Tamat Tidak Melebihi 3 Tahun
  3. Mempunyai Lesen Memandu Yang Sah
  4. Lesen Tidak Digantung

Kesan Tidak Perbaharui Lesen Memandu

  1. Dikenakan Tindakan Undang-Undang Jalan Raya
  2. Mendapat Penolakan Untuk Tuntutan Insurans
  3. Mempunyai Rekod Kesalahan Tidak Perbaharui Lesen
  4. Lesen Akan Digantung

Akibat Penggantungan Lesen

  1. Pemilik / Lesen Akan Disenarai Hitam
  2. Tidak Boleh Memandu Dalam Tempoh Pemanduan
  3. Tidak Boleh Memohon Lesen Memandu Apa-apa Kelas Dalam Tempoh Penggantungan

   perbaharui lesen memandu anda

Kenapa Perlu Renew Lesen Memandu?

Selain dapat mengelakkan seseorang itu didenda kerana lambat memperbaharui lesen memandu, ia juga dapat mengelakkan seseorang itu ditahan semasa pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tambahan lagi, tidak memperbaharui lesen memandu adalah tindakan yang melanggar undang-undang seperti dikenakan denda semasa memperbaharui lesen, dan ia boleh membawa kepada pelbagai risiko dan kesan yang serius.

Anda nak kami uruskan pembaharuan lesen memandu anda?

Adalah sangat penting untuk sentiasa memastikan lesen memandu anda sentiasa dalam keadaan sah (belum tamat tempoh) dan memperbaharui lesen anda pada masa yang ditetapkan. Mana-mana individu yang masih belum membuat pembaharuan lesen memandu, boleh hubungi kami untuk kami uruskan pembaharuan lesen anda.

butang whatsapp

 

 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Jangan biarkan lesen memandu anda luput tanpa disedari. Dapatkan yang baharu terus ke rumah atau pejabat anda..