Setiap individu di Malaysia yang berumur 16 tahun bagi motosikal, dan 17 tahun bagi kereta sesuai memiliki lesen memandu. Ini kerana pada masa itu mereka sudah matang. Ibu bapa sangat bimbang jika anak-anak mereka tiada lesen kerana sangat bahaya dan mendatangkan risiko. Tahukah anda bahawa pemandu yang tiada lesen memandu adalah penyumbang kepada kemalangan jalan raya yang tinggi di Malaysia. Selain tiada lesen, ada juga segelintir yang terlepas untuk renew lesen mereka dan memandu secara tidak berlesen.
Berikut adalah kelebihan dan kepentingan memiliki lesen memandu:
Isi Kandungan
1. Mengikut Peraturan
Lesen memandu diwajibkan untuk mereka yang ingin membawa kenderaan secara sah kerana ia adalah satu bukti bahawa anda lulus ujian untuk memandu dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
2. Mengelakan Kemalangan
Lesen ini juga adalah satu inisiatif kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berilmu sekaligus mengurangkan kemalangan di jalan raya. Namun begitu sikap pemandu yang beraksi sesuka hati di jalan raya yang perlu diubah bagi membendung kes kemalangan yang kian meningkat.
3. Mengelakan Didenda
Mereka yang tidak mempunyai lesen memandu jenis kenderaan yang dibawa (lesen motor ketika menaiki motor) ketika ditahan oleh pihak JPJ akan didenda.
4. Berpeluang Untuk Mendapatkan Pekerjaan
Kebanyakan bos inginkan pekerja yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. Jadi, ini adalah peluang cerah untuk anda diterima sebagai pekerja. Pekerjaan seperti pemandu bas, lori, kapal terbang dan sebagainya juga memerlukan lesen memandu yang khusus.
5. Lebih Cepat, Lebih Jimat
Anda juga dapat menggunakan kenderaan sendiri untuk ke mana-mana selepas mempunyai lesen memandu yang sah. Banyak masa & wang dapat dijimatkan dengan menaiki kenderaan sendiri. Ia juga sangat berharga ketika menghadapi saat kecemasan.
Rumusan
Memiliki lesen memandu memberikan perasaan kemandirian dan kebebasan untuk bergerak mengikut kehendak sendiri. Individu dapat merancang perjalanan mereka sendiri, menjelajahi tempat-tempat baru, dan menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih mudah. Namun, adalah penting untuk diingat bahawa lesen memandu bukanlah satu-satunya faktor penentu dalam memandu dengan selamat. Mengamalkan sikap yang bertanggungjawab, sentiasa berhati-hati di jalan raya, dan mengikuti peraturan lalu lintas juga merupakan elemen penting dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di jalan raya.
Semak tarikh luput lesen memandu anda, dan renew segera bersama kami !! Dapatkan harga promosi sekarang
0 Comments