SEMAKAN LESEN MEMANDU SECARA ONLINE
Disediakan oleh: Administrator

Semakan Lesen Memandu

Pengenalan

Sebagai pengguna kenderaan bermotor di jalan raya, anda seharusnya mengetahui jenis lesen memandu yang dimiliki oleh anda dan Lesen memandu tersebut mestilah belum tamat tempoh. Sekiranya, lesen memandu tersebut telah tamat tempoh, anda seharusnya memperbaharui secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diigini berlaku. Kegagalan untuk memperbaharui akan meletakkan diri anda dalam risiko yang bahaya iaitu, akan disaman oleh pihak berkuasa samada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sistem semakan online ini boleh digunakan untuk menyemak tarikh tamat tempoh bagi semua jenis lesen memandu. Jika anda tidak tahu cara untuk menyemak tarikh luput lesen memandu dan jenis lesen anda, berikut merupakan cara semakan lesen memandu online dengan lebih mudah. Sekiranya lesen anda telah tamat tempoh, anda boleh ke laman web Lesen2u untuk renew lesen memandu anda.

Cara Semakan Lesen Memandu Online

Langkah 1 :Layari laman web rasmi JPJ.

Anda boleh melayari Portal Rasmi JPJ dan pada laman utama, anda boleh klik pada butang ‘Lesen Memandu’

Cara Semak Lesen Memandu

 

Langkah 2 : Pilih Kategori ID

Kemudian, anda perlu memilih Katedori ID berdasarkan pada Kad Pengenalan anda. Sekiranya anda pemegang MyKad, silih pilih ORANG AWAM MALAYSIA (MyKad)

Langkah 3 : Masukkan Nombor IC

Seterusnya, sila isikan nombor kad pengenalan anda beserta dengan kod sekuriti yang dipaparkan pada laman web. Kemudian, klik Semak

Semak Lesen

Langkah 4 : Keputusan Semakan Lesen Memandu

Skrin akan memaparkan Hasil Carian dengan butiran Nombor Kad Pengenalan akan memaparkan keputusan seperti berikut. Anda boleh mengetahui tarikh tamat dan juga jenis lesen anda sama ada CDL, PDL, LDL atau PSV.

Keputusan

Rumusan

Sebagai kesimpulan, anda boleh menggunakan cara ini untuk mengetahui jenis lesen memandu anda sebelum anda membuat pembaharuan lesen anda dengan Lesen2u memandangkan pihak Lesen2u hanya boleh renew lesen memandu yang telah berstatus CDL. Bagi pemegang lesen PDL dan LDL, lesen anda hanya boleh diperbaharui di kaunter JPJ sahaja. Sekiranya lesen memandu CDL anda telah tamat tempoh, isikan butiran anda pada Borang Permohonan dan permohonan anda akan diproses dalam masa 24 jam dan lesen akan dihantar ke alamat anda dalam masa 5-6 hari bekerja. Anda boleh rujuk atikel Cara Renew Lesen Memandu di Lesen2u untuk lebih kepastian.

Sekian, terima kasih

11 Comments

  1. Mohamad Shahril azwan

    Saya pernah buat lesen memandu dipusat latihan memandu sampai sekarang tapi sy tak terima lesen tersebut

    Reply
    • Administrator

      Hai. Encik boleh rujuk dengan pihak pusat latihan memandu yang encik buat lesen ya.

      Reply
    • Abdul Fatah

      sama tapi saya ujian memandu kat Kelantan

      Reply
  2. Puasa bin bujang

    Lesen saya tamat tempoh

    Reply
    • lesen2u

      Boleh hubungi kami 011 3756 1394, untuk kami uruskan pembaharuan lesen anda.

      Reply
  3. azlina

    jika lesen sudah habis tempoh 2 tahun boleh renew ke…lagi pun lesen dah hilang lama..apa perlu saya laku kan?

    Reply
  4. Rosli bin MD Radzi

    Buat rayuan lesen lama mati lebih 15tahun

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Nombor Siri Lesen Memandu

Nombor Siri Lesen Memandu

Nombor siri lesen di Malaysia adalah kod pengenalan unik yang terdiri daripada 6 digit. Terletak...

Jangan biarkan lesen memandu anda luput tanpa disedari. Dapatkan yang baharu terus ke rumah atau pejabat anda..