CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE
Disediakan oleh: Administrator

Lesen memandu merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan atau memandu sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu Malaysia mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan dan mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Namun begitu, semua pemegang lesen perlu memastikan lesen memandu tidak tamat tempoh dan diperbaharui pada masanya untuk mengelakkan disaman atau lesen digantung. Berikut beberapa cara renew lesen memandu online dengan mudah dan cepat.

Cara Renew Lesen Memandu Online

Langkah 1 : Layari laman web Lesen2u

Layari laman web Lesen2u dan di laman utama akan memaparkan laman seperti berikut & klik butang ‘Perbaharui Sekarang’ untuk renew lesen memandu CDL anda. Pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh bagi mengelakkan didenda.

Langkah 2 : Isi Borang Pembaharuan (renew) lesen memandu online

Isi Borang Permohonan renew lesen memandu anda. Sila pastikan maklumat diri yang diisi betul & tepat. Kegagalan memasukkan maklumat yang tepat akan mengakibatkan permohonan anda tidak dapat diproses. Kemudian, hantarkan permohonan & buat bayaran secara online.

Borang Permohonan Renew Lesen Memandu Online

Langkah 3 : Buat bayaran renew lesen memandu online

Selepas Borang Pembaharuan diisi, anda akan dibawa ke laman bayaran. Resit bayaran akan dihantar ke email yang dimasukkan. Isi maklumat bayaran tersebut dan klik butang ‘PAY’. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian.

Bayaran renew lesen memandu

 

Langkah 4 : Pilih Bank 

Terdapat beberapa pilihan bank untuk membuat bayaran. Klik simbol bank pilihan anda. Contoh di atas adalah Maybank. Kemudian, klik butang ‘PAY’ dan teruskan membuat bayaran secara online.

Langkah 5 : Pembaharuan Diproses

Permohonan & bayaran yang berjaya dibuat akan disemak & disahkan. Proses renew akan mengambil masa di antara 4-5 hari bekerja sebelum disiapkan. Anda akan menerima slip sementara menggantikan lesen sementara menunggu lesen dihantar ke alamat anda. 

 

Langkah 6 : Terima Lesen Memandu Baharu

Lesen memandu anda yang baharu akan dihantar ke alamat penghantaran seperti yang diisi pada Borang Pembaharuan. Sila hubungi kami untuk proses penjejakan sekiranya anda tidak menerima lesen baharu dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh anda membuat pembaharuan.

Rumusan

Mudah bukan? Kini anda tak perlu lagi perlu bersusah payah bersesak-sesak di kaunter JPJ ataupun Pos Laju. Renew secara online di Lesen2u kan ada. Mudah dan cepat tanpa membebankan anda. Isi borang permohonan atau whatsapp kami di sekarang untuk renew lesen memandu anda secara online sekarang. 

4 Comments

  1. Mohd haffas bin shahrom

    I accidentally paid twice. So kindly reimburse

    Reply
    • lesen2u

      Boleh hubungi no berikut 011-3756 1394, Untuk team kami bantu selesaikan masalah Encik. Terima Kasih

      Reply
  2. Bieyna

    Kalau dah tamat tempoh sebulan tak boleh renew kt sini ke ?

    Reply
    • lesen2u

      Boleh diperbaharui, jika dalam tempoh masa tidak melebihi 3 tahun. Untuk lebih lanjut, Hubungi Kami segera 011-3756 1394. Terima Kasih

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Nombor Siri Lesen Memandu

Nombor Siri Lesen Memandu

Nombor siri lesen di Malaysia adalah kod pengenalan unik yang terdiri daripada 6 digit. Terletak...

Jangan biarkan lesen memandu anda luput tanpa disedari. Dapatkan yang baharu terus ke rumah atau pejabat anda..