Cara Renew Lesen Online
Disediakan oleh: Administrator

Tahukah anda, anda sebenarnya tidak perlu ke pejabat pos atau pun ke JPJ untuk renew atau memperbaharui lesen anda. Anda hanya perlukan smartphone dan juga sambungan internet untuk renew lesen online.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk memperbaharui lesen anda dengan mudah dan pantas.

1. Layari lesen2u.com Untuk Renew Lesen Online

Layari laman web lesen2u.com dan anda akan dipaparkan dengan halaman utama website.

cara renew lesen online lesen2u

Klik pada butang Perbaharui Lesen memandu. Anda akan dibawa ke halaman paparan borang. Isikan borang tersebut dengan maklumat yang diperlukan.

2. Isi Maklumat Pada Borang Permohonan

Isikan semua maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumat yang bertanda * semuanya diisikan dengan betul.

3. Buat Pembayaran

pembayaran renew lesen online

Pilih pilihan bank yang anda ingin gunakan. Klik pada butang Pay untuk membuat pembayaran.

4. Permohonan Renew Lesen Online Anda Akan Diproses

Permohonan pembaharuan lesen memandu anda akan disemak dan disahkan. Proses ini akan mengambil masa 4 hingga 5 hari waktu bekerja. Anda tidak perlu bimbang, slip sementara akan diberikan kepada anda menandakan anda telah pun membuat pembaharuan lesen anda.

5. Lesen Anda Akan Dihantar

Lesen yang telah siap diproses akan terus dihantar ke alamat yang telah diisi semasa mengisi borang permohonan. Jika anda tidak menerima lesen anda dalam tempoh 21 hari selepas permohonan, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan

Proses permohonan lesen memandu secara online ini sangatlah mudah. Anda tidak perlu untuk beratur dan menunggu giliran di pejabat pos atau JPJ untuk memperbaharui lesen anda. Anda boleh lakukan dalam masa 5 minit dengan menggunakan smartphone anda.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan ada.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Jangan biarkan lesen memandu anda luput tanpa disedari. Dapatkan yang baharu terus ke rumah atau pejabat anda..