Penyelenggaraan atau servis kenderaan perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kenderaan tersebut selamat digunakan & beroperasi dalam keaadan optimum. Secara umum penyelenggaraan terbahagi kepada tiga jenis iaitu preventive maintenance, periodic maintenance dan corrective maintenance.
Preventive Maintainance merupakan penyelenggaraan dilakukan untuk memastikan sesebuah mesin dan peralatan sentiasa berada di dalam keadaan baik sebelum berlaku kerosakan.
Manakala Periodic Maintenance pula adalah penyelenggaraan yang dilakukan secara berkala untuk memastikan sesebuah mesin dan peralatan sentiasa berada di dalam keadaan baik sebelum berlaku kerosakan.
Corrective Maintenance pula adalah penyelenggaraan dilakukan untuk membaiki atau membetulkan kerosakan pada mesin dan peralatan.
Kenderaan terdiri daripada pelbagai komponen yang boleh haus, rosak dan berkarat. Keadaan ini akan menyebabkan prestasi kenderaan tersebut akan berkurangan, bergantung kepada cara dan tempoh penggunaan.
Bahagian yang boleh menyebabkan prestasi menurun perlu menjalani penyelenggaraan berkala yang berbentuk pelarasan, atau penggantian komponen untuk mengekalkan prestasinya. Penyelenggaraan berkala juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat kenderaan tersebut.
Banyak kebaikan dapat diperolehi apabila menjalankan penyelenggaraan berkala mengikut jadual. Antaranya adalah terhindar dari berlakunya kerosakan yang serius, menambahkan jangka hayat kereta atau motorsikal & mendapat pemanduan yang selesa dan menjimatkan.
Bagi mereka yang ingin perbaharui lesen memandu secara online bolehlah hubungi kami.