Penyelenggaraan atau servis kenderaan perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kenderaan tersebut selamat digunakan dan beroperasi dalam keaadan optimum. Secara umum, perkara ini tidak dijelaskan pada kelas memandu yang anda hadiri. Penyelenggaraan terbahagi kepada tiga jenis iaitu preventive maintenance, periodic maintenance dan corrective maintenance.
Preventive Maintainance merupakan penyelenggaraan dilakukan untuk memastikan sesebuah mesin dan peralatan sentiasa berada di dalam keadaan baik sebelum berlaku kerosakan. seperti Enjin kereta memerlukan penyelenggaraan yang betul, seperti penukaran minyak, pengunaan minyak yang sah seperti Petronas Syntium, Shell dan bukannya yang tiruan. Penukatan penapis udara dan penapis bahan api juga membantu mengekalkan prestasi enjin dan mengelakkan kerosakan yang boleh disebabkan oleh kotoran atau pelincir yang tidak berkesan.
Manakala Periodic Maintenance pula adalah penyelenggaraan yang dilakukan secara berkala untuk memastikan sesebuah mesin dan peralatan sentiasa berada di dalam keadaan baik sebelum berlaku kerosakan. Pemeriksaan rutin perlu dijalankan untuk memeriksa keadaan enjin, sistem brek, suspensi, sistem penyejukan, sistem elektrik dan komponen yang lain. Hal Ini dapat membantu mengesan dan mencegah kerosakan atau kegagalan yang boleh menyebabkan kereta api berhenti berfungsi atau menjadi berbahaya.
Corrective Maintenance pula adalah penyelenggaraan dilakukan untuk membaiki atau membetulkan kerosakan pada mesin dan peralatan. Beberapa komponen pada kereta akan mengalami haus dan lusuh apabila digunakan, seperti tayar, brek, klac dan rantai. Komponen ini perlu diganti secara berkala untuk mengekalkan prestasi dan keselamatan kereta anda. Sistem keselamatan pada kereta, seperti lampu brek, lampu depan, hon dan tali pinggang keledar, perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan memenuhi piawaian keselamatan.
Kenderaan terdiri daripada pelbagai komponen yang boleh haus, rosak dan berkarat. Keadaan ini akan menyebabkan prestasi kenderaan tersebut akan berkurangan . Bergantung kepada cara pengunaan dan tempoh penggunaan.
Bahagian yang boleh menyebabkan prestasi menurun perlu menjalani penyelenggaraan berkala yang berbentuk pelarasan, atau penggantian komponen untuk mengekalkan prestasinya. Penyelenggaraan berkala juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat kenderaan tersebut.
Rumusan
Banyak kebaikan yang dapat diperolehi apabila menjalankan penyelenggaraan kenderaan secara berkala mengikut jadual. Antaranya adalah terhindar dari berlakunya kerosakan yang serius, menambahkan jangka hayat kereta atau motorsikal & mendapat pemanduan yang selesa dan menjimatkan. Untuk mengekalkan keupayaan sebuah kereta itu bertahan, seharusnya untuk sentiasa mendapat maklumat tambahan mengenai baik pulih kereta dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sesi kelas memandu sahaja.
Bagi mereka yang ingin perbaharui lesen memandu secara atas talian bolehlah hubungi kami dengan segera !!
0 Comments