KENALI MAKSUD, JENIS DAN KELAS LESEN MEMANDU DI MALAYSIA

Di Malaysia, Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran  kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan. Lesen memandu  digunakan sebagai bukti bahawa Anda sudah memiliki kemampuan untuk memandu kenderaan  motosikal/kereta dan juga mengetahui peraturan lalu lintas. Jenis lesen memandu ditetapkan  berdasarkan kepada tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan. Pihak Jabatan  Pengangkutan jalan (JPJ) telah mengeluarkan 5 jenis utama lesen memandu, antaranya  

Learner Driving License (LDL), Probactionary Driving License (PDL), Competent Driving License (CDL) dan Vocational Driving License (VDL). 

Kelas lesen memandu pula adalah berdasarkan kepada jenis dan kapasiti kenderaan.  Terdapat lebih sepuluh kelas kenderaan sepertimana ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan  jalan (JPJ) Malaysia. Jenis lesen memandu serta kelas yang layak dipandu oleh pemilik lesen  ada dinyatakan pada kad lesen memandu. 

JENIS-JENIS LESEN MEMANDU 

Lesen Memandu Pelajar atau Learning Driving License (LDL) – Lesen LDL atau lebih  dikenali sebagai lesen L membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan  mengikut kelas yang dikeluarkan seperti kelas B, B2, D dan E. Lesen L mestilah diperbaharui  setiap 3 atau 6 bulan jika belum lulus ujian JPJ. Tempoh sah lesen L adalah 2 tahun bermula  dari tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya ianya tidak diperbaharui dalam masa 2 tahun selepastamat  tempoh, individu tersebut perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

 

KENALI MAKSUD, JENIS DAN KELAS LESEN MEMANDU DI MALAYSIA

Lesen Memandu Pelajar atau Probationary Driving License (PDL) – PDL ialah lesen  memandu percubaan atau dikenali sebagai lesen P yang diberikan kepada pemandu baru yang  lulus ujian JPJ dan tempoh sahlaku adalah 2 tahun. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada  lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk  menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur  pelajaran memandu

Lesen Memandu Kompeten atau Competent Driving License (CDL) – Lesen CDL ialah  lesen yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2  tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum  lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau  5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum  pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

Lesen Memandu Vokasional atau Vokasional Driving License (VDL) – Lesen VDL ialah  lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori. Ianya  dikeluarkan Bersama oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan  Kenderaan Perdagangan (LPKP). Lesen Vokasional terbahagi kepada lesen Kenderaan  Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-hailing dan PSV Bas), Lesen Kenderaan  barangan (GDL Kejur, GDL Bersendi) dan Lesen Konduktor. 

Berikut dikongsikan senarai kelas lesen memandu mengikut kategori : 

Kelas 

Jenis Kenderaan

B1 

Motosikal tidak melebihi 500 sp

B2 

Motosikal tidak melebihi 250 sp

D 

Motokar BTM tidak melebihi 3500 kg

DA 

Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 k



Sekiranya lesen memandu tidak diperbaharui dalam masa 3 tahun, pemohon perlu menduduki  semula ujian untuk mendapatkan lesen memandu. 

Kini anda boleh memperbaharui lesen memandu secara atas talian dengan cepat, mudah & tidak  membazirkan masa. Buat apa ke JPJ, Kalau boleh perbaharui secara online jerr…

Cara Perbaharui Lesen Memandu di Lesen2U.

Cara Perbaharui Lesen Memandu di Lesen2U.

Di sini kami menyediakan cara perbaharui lesen memandu secara atas talian  dengan cepat dan mudah. 

Berikut adalah seperti di bawah : 

1) Pergi ke website https://lesen2u.com/

 

2) Klik pada “Perbaharui Sekarang”

3) Setelah Klik pada Perbaharui Sekarang, Anda perlu mengisi maklumat peribadi pada borang permohonan yang telah sediakan

 

4) Antara contoh borang permohonan yang telah di isi seperti bawah :

 

5) Anda boleh memilih berapa tahun untuk anda perbaharui lesen memandu. Antara contoh tempoh pembaharuan untuk 2 Tahun ialah RM 135.

6) Setelah itu, pastikan anda tanda pada “saya bersetuju dengan terma & syarat”. Seterusnya, klik ‘Hantar Permohonan dan Buat Bayaran’.

7) Selepas itu, Anda perlu mengisi maklumat anda seperti di bawah : 

  • Nama penuh
  • Email yang tepat
  • Nombor telefon

Klik “Pay” Untuk selanjutnya.

8) Anda boleh memilih bayaran secara ‘online banking’ seperti di bawah.  Pastikan duit dalam bank anda mencukupi untuk membuat bayaran. Pastikan maklumat yang di isi tepat dan jelas.  

9) Setelah membuat bayaran, anda akan menerima Resit Pembayaran yang menyatakan anda sudah membuat bayaran pada Hari dan Tarikh tersebut. 

10) Permohonan dan bayaran pembaharuan lesen memandu yang berjaya akan  diproses. Status penghantaran akan di email dalam masa 48 jam. 

11) Akhir sekali, Lesen memandu yang telah diperbaharui oleh Lesen2u akan di  poskan pada alamat penghantaran kad.

CONTOH : Lesen yang akan dapat setelah diperbaharui di Lesen2u Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk semua. 

Jom Renew Lesen Memandu Online https://lesen2u.com/ Jom Renew Lesen Memandu Online https://lesen2u.com/ Jom Renew Lesen Memandu Online https://lesen2u.com/ 

Sekian, Terima Kasih.

Scroll to Top